Kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru Kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan berurusan dengan ibu bapa pelajar merupakan satu lagi faktor yang menjadi punca yang mengakibatkan tekanan emosi guru terganggu. Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik hingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres.
Kekangan masa kekangan masa turut menyebabkan guru stres. Dipercayai bahawa stres yang dialami oleh guru akan memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan pengajaran menjadi kurang efektif. Bukan itu sahaja, tugas perkeranian seperti mengambil kedatangan dan merekodkan gred pelajar telah menyukarkan guru mengimbangkan dengan tugas mengajar. Seringkali guru mengalami stres berpunca dari tugasan luar dari pengajaran, penyediaan kertas kerja, menghadiri pelbagai mesyuarat dan tugas berkaitan pengurusan bilik darjah. Namun, tidak dapat dinafikan tugas utama guru yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab utama adalah menyediakan rancangan mengajar, mengajar, menyediakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran dan menanda buku.
Hubungan interpersonal Seseorang guru yang mempunyai hubungan interpersonal yang tidak baik turut akan mengakibatkan guru tersebut mengalami tekanan emosi semasa berkerja. Faktor hubungan interpersonal ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan pihak pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang mata pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati di kalangan guru ketika menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan di kalangan guru-guru.
Faktor Penghargaan Biasanya pihak pentadbir akan hanya menghargai guru-guru yang prestasi akademiknya meningkat dalam peperiksaan utama. Kemungkinan guru-guru berasa tertekan dan kecewa apabila hasil pengorbanan mereka kurang dihargai oleh pihak pentadbir. Bagi guru-guru lain, mungkin mereka telah mengajar dengan baik tetapi faktor pelajar dan faktor-faktor lain telah menyebabkan mutu mata pelajaran yang guru itu mengajar merosot. Maka perkara ini perlulah diambil kira juga oleh pihak pentadbir. Sebenarnya guru-guru tidak mengharapkan sangat pemberian hadiah atau anugerah khidmat cemerlang, namun ucapan terima kasih dan tahniah sudah cukup memadai sebagai tanda penghargaan di atas jasa mereka. Di samping itu, penghargaan oleh pihak pentadbir terhadap staf bawahannya akan dapat menaikkan motivasi dan semangat guru-guru serta secara langsung dapat mengurangkan tekanan kepada mereka. Faktor kekurangan penghargaan ke atas kerja yang dilakukan oleh guru boleh mempengaruhi tekanan kerja guru.
Kekangan kekurangan sumber Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer, komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.
Terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan kes sebegini berlaku. Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan sesetengah kelas yang terlalu panas dan tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru berbanding dengan individu lain yang bekerja di tempat yang berhawa dingin. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan diri dan pelajarnya terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman akan menyebabkan guru tersebut semakin stres.
Selain itu, kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi cabaran kepada seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta memberikan kesan kepada emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru berasa stres.
Punca-punca peribadi juga merupakan antara faktor guru mengalami tekanan emosi. Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan kematian dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan emosi yang seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia merupakan satu sokongan kepada guru tersebut. Jika berlakunya perselisihan faham akibat masalah komunikasi yang tidak berkesan maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut.
Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan.
Kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru
ReplyDeleteKurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan berurusan dengan ibu bapa pelajar merupakan satu lagi faktor yang menjadi punca yang mengakibatkan tekanan emosi guru terganggu. Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik hingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres.
Kekangan masa
kekangan masa turut menyebabkan guru stres. Dipercayai bahawa stres yang dialami oleh guru akan memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan pengajaran menjadi kurang efektif. Bukan itu sahaja, tugas perkeranian seperti mengambil kedatangan dan merekodkan gred pelajar telah menyukarkan guru mengimbangkan dengan tugas mengajar. Seringkali guru mengalami stres berpunca dari tugasan luar dari pengajaran, penyediaan kertas kerja, menghadiri pelbagai mesyuarat dan tugas berkaitan pengurusan bilik darjah. Namun, tidak dapat dinafikan tugas utama guru yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab utama adalah menyediakan rancangan mengajar, mengajar, menyediakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran dan menanda buku.
Hubungan interpersonal
Seseorang guru yang mempunyai hubungan interpersonal yang tidak baik turut akan mengakibatkan guru tersebut mengalami tekanan emosi semasa berkerja. Faktor hubungan interpersonal ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan pihak pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang mata pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati di kalangan guru ketika menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan di kalangan guru-guru.
Faktor Penghargaan
Biasanya pihak pentadbir akan hanya menghargai guru-guru yang prestasi akademiknya meningkat dalam peperiksaan utama. Kemungkinan guru-guru berasa tertekan dan kecewa apabila hasil pengorbanan mereka kurang dihargai oleh pihak pentadbir. Bagi guru-guru lain, mungkin mereka telah mengajar dengan baik tetapi faktor pelajar dan faktor-faktor lain telah menyebabkan mutu mata pelajaran yang guru itu mengajar merosot. Maka perkara ini perlulah diambil kira juga oleh pihak pentadbir. Sebenarnya guru-guru tidak mengharapkan sangat pemberian hadiah atau anugerah khidmat cemerlang, namun ucapan terima kasih dan tahniah sudah cukup memadai sebagai tanda penghargaan di atas jasa mereka. Di samping itu, penghargaan oleh pihak pentadbir terhadap staf bawahannya akan dapat menaikkan motivasi dan semangat guru-guru serta secara langsung dapat mengurangkan tekanan kepada mereka. Faktor kekurangan penghargaan ke atas kerja yang dilakukan oleh guru boleh mempengaruhi tekanan kerja guru.
Kekangan kekurangan sumber
Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer, komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.
Terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan kes sebegini berlaku. Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan sesetengah kelas yang terlalu panas dan tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru berbanding dengan individu lain yang bekerja di tempat yang berhawa dingin. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan diri dan pelajarnya terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman akan menyebabkan guru tersebut semakin stres.
ReplyDeleteSelain itu, kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi cabaran kepada seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta memberikan kesan kepada emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru berasa stres.
Punca-punca peribadi juga merupakan antara faktor guru mengalami tekanan emosi. Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan kematian dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan emosi yang seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia merupakan satu sokongan kepada guru tersebut. Jika berlakunya perselisihan faham akibat masalah komunikasi yang tidak berkesan maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut.
Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan.